7 Tempat Makanan Sedap di Perlis Anda Kena Cuba

Biasanya bila sebut Perlis. Orang akan tanya “Apa yang best dekat Perlis?” (sambil buat muka confuse). Korang pun tahu ke apa makanan yang sedap di Perlis? Selain menjadi tempat persinggahan utama untuk pelancong yang mahu ke Pulau Langkawi atau Thailand. Perlis juga merupakan tempat tarikan pelancong seperti di Gua Kelam serta tempat kaki shopping iaitu Padang Besar.
Jom kita tengok satu persatu makanan yang kami cadangkan anda cuba jika anda ke Perlis bermula dari sarapan hingga ke makan malam.

Sarapan Pagi
Pulut Mangga / Pulut Mempelam
Perlis sememangnya popular dengan buah mangga atau ‘mempelam’ lagi-lagi Mempelam Harum Manis yang menjadi kegilaan peminat buah mangga bila tiba musimnya.
Di Perlis juga amat mudah untuk kita dapatkan beras pulut berkualiti dari Thailand. Jadi tak hairanlah bila orang Perlis makan pulut dengan mempelam. Memang kombinasi rasa yang menarik bila rasa lemak pulut santan bercampur dengan rasa manis buah mempelam. PADU!

Makan Tengahari

Nasi ‘Ganja’ Repoh
Jangan tersedak pulak dengar nama Nasi ‘Ganja’, sebenarnya kami pun tak tahu nama sebenar nasi ni, tapi nasi ni digelar Nasi Ganja diatas kapasitinya untuk membuatkan orang ramai ‘ketagih’ untuk mendapatkannya lagi.
Walaupun nampak macam gerai makcik goreng pisang tepi jalan sahaja, tapi jangan terkejut kalau nampak kereta dan manusia beratur beramai-ramai untuk membeli Nasi Ganja.
Daripada bau ‘harum’ nasinya, kepada bau rempah ayam goreng panas-panas, memang menggoda sesiapa yang lalu di gerai Nasi Ganja ni. Dari segi saiz hidangan pula sememangnya banyak dengan harga yang ‘tak dapat dekat KL’. Wajib cuba kalau anda berada di Perlis. Anda boleh ‘Waze’ Gerai Nasi Ganja Repoh untuk sampai ke destinasi.
Restoran Anjung Keli, Kangar
Memang tak lengkap lah kalau datang ke Perlis tapi tak singgah di Restoran Anjung Keli, lokasi makan tengahari paling famous di Perlis.


Apa yang special mengenai kedai ini adalah menu ikan keli yang disajikan. Memang sedap! Buat anda yang tidak memakan ikan keli, anda tidak perlu risau sebabnya hidangan lauk-pauk yang tersedia banyak disini memang semuanya enak.
Kalau anda peminat masakan kampung, ikan sungai, ulam-ulaman, anda pasti jatuh cinta dengan restoran ini. Gambar-gambar selebriti dan orang kenamaan menjadi hiasan dinding restoran ini. Wajib cuba!

Makan Petang

Restoran Hussin Yahya
Mee Goreng paling unik pernah kami rasa. Kami dah makan mee goreng ni sejak 20 tahun yang lepas dan rasanya masih sama hingga ke hari ini! Portion yang cukup banyak untuk dikongsi 2 orang, dan harga yang akan buat ‘orang bandar’ cemburu membuatkan kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang datang tapau mee goreng untuk makan petang.
Selain itu, Restoran Hussin Yahya turut menyajikan lauk pauk untuk juadah makan tengah hari serta ‘pasemboq’ yang memang power! Satu perkara yang kami suka tentang restoran ini adalah bagaimana 2 tukang masak mereka menyediakan makanan. Memang laju betul!
Buat anda yang berminat untuk mencuba hidangan di restoran ini anda boleh Waze sahaja Restoran Hussin Yahya. Restoran ini terletak dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar.

Makan Malam

Bangpon Café & Bistro
“Besarnya! Macam sport rim kereta”. Itulah impression pertama kami apabila melihat Burgedik daripada Bangpon Café ni. Mulanya kami sangka mereka cuma menggunakan daging burger biasa dan disusun banyak-banyak.
Rupanya dibawah roti yang sangat lembut ni ada homemade patty yang besar, sedap dan cukup rasa. Untuk menikmati ‘Burgedik’ ini anda dinasihatkan untuk call & order dulu sebelum sampai supaya tak perlu menunggu lama. Oh ya, jangan cuba untuk makan sorang-sorang ya. Confirm takkan habis!
Restoran Api-api, Kuala Perlis
Kuala Perlis memang terkenal dengan seafood sedap-sedap. Biasanya orang bukan tempatan akan pergi ke medan selera Komalaut yang memang popular. Tapi kami nak share tempat makan yang tidak begitu mainstream di sini.
Pilihan seafood yang ditawarkan memang banyak dan puas hati. Jika anda peminat ikan bakar, Kuala Perlis adalah tempatnya. Selain itu, menu lain seperti kerang dan sotong goreng tepung turut menjadi masakan pilihan pengunjung yang datang.

Dicadangkan untuk booking terlebih dulu sebelum sampai supaya tak perlu menunggu lama lebih-lebih lagi jika anda bawa sekeluarga untuk makan besar. Overall makanan sedap dan berpatutan. Suasana pun tenang makan sambil menikmati bayu laut.
Restoran Yasmeen, Arau
Famous dikalangan student. Menu typical kedai mamak nasi kandar. Tapi apa yang kami mahu highlight disini adalah Ayam Goreng Yasmeen. Memang ‘kick’ dia lain macam. Bersedia untuk beratur menunggu giliran ayam goreng anda dipotong dan dihidangkan.
Pastikan anda makan di kedai. Kalau anda macam kami yang hanya membungkus ayam goreng untuk makan di rumah. Bersedialah untuk menderita menghidu bau ayam goreng panas memenuhi ruang dalam kereta anda. KFC pun kalah beb!
Sekian pilihan makanan awesome yang anda boleh dapat di negeri Perlis. Sebenarnya banyak lagi makanan yang best di Perlis ni, kalau nak listkan mungkin terlalu banyak. Kalau korang tahu mana lagi makanan sedap di Perlis, boleh kongsikan di ruangan komen.

0 comment... add one now