CIA Akhirnya Bersuara Dedah Kekuatan Menakutkan Nuklear Korea Utara



CIA percaya bahawa Hwasong-14 milik Korea Utara, peluru berpandu balistik antara benua yang diuji dua kali pada bulan Julai lalu mempunyai keupayaan untuk sampai ke AS dengan muatan nuklear, menurut Ankit Panda seperti dipetik dari The Ankomat

Walaupun pesawat masuk kembali, atau hujung kepala peledak yang membawa peranti nuklear itu menjunam turun ke bumi dengan berkali ganda kelajuan bunyi, hancur apabila mendekati permukaan bumi, CIA mengatakan itu hanya kerana ia menggunakan trajektori yang tinggi, menurut The Diplomat.

Pada dasarnya, Korea Utara ingin menunjukkan kemampuan jangkauan peluru berpandu antara benua Hwasong-14, tetapi tidak dapat melakukannya dengan ‘selamat’ jika menggunakan cara dengan melancarkannya ke negara lain.



Jika AS menyaksikan peluru berpandu balistik antara benua Korea Utara menuju ke arahnya, ia mungkin memilih untuk bertindak balas dengan menggunakan senjata nuklear.

Jadi sebaliknya, Korea Utara melancarkan peluru berpandu tegak ke arah udara, dan peluru berpandu itu mendarat hanya beberapa ratus batu jauhnya di lautan berhampiran Jepun.

Penilaian CIA mengatakan bahawa pesawat masuk kembali itu akan terselamat pada trajektori biasa, dan hanya boleh hancur kerana sudut yang terlalu tinggi.

Laporan CIA dibuat selepas penilaian perisikan AS lain yang mengatakan negara diktator itu boleh mengecilkan kepala peledak nuklear untuk menyesuaikannya dengan peluru berpandu balistik, ini bermaksud AS kini mempertahankan fakta bahawa Kim Jong-un telah sepenuhnya mempunyai kemampuan untuk menyerang tanah besar AS.

Apa yang menjadi persoalan adalah sama ada Korea Utara boleh melancarkan peluru berpandu ke sasaran secara tepat atau tidak.

Jadi jika berlaku peledakan di sana, ia akan menyebabkan banyak kehilangan nyawa kerana kebanyakan pantai barat Amerika Syarikat dihuni begitu ramai penduduk.


Namun, menurut laporan terbaru pejabat berita rasmi negara berkenaan, KCNA, pemimpin muda Korea Utara, Kim Jong Un, telah memutuskan untuk membatalkan serangan peluru berpandu ke Guam.

Beliau juga turut memberi amaran, langkah yang sangat provokatif akan berlanjutan jika tindakan “melulu” tetap dilakukan oleh Washington, menurut laporan laman berita Metro.co.uk, Selasa (15/8/2017).

0 comment... add one now