Tentera Dajjal Yang Kini Diagungkan

Tentera Dajjal / Cult of Dajjal




Apa yang korang bayangkan, bila saya sebut 'ahli sihir', atau 'bomoh'? Mesti korang bayangkan satu figure yang kelihatan seperti seorang nenek tua, atau mungkin lelaki tua bermisai lebat, berjanggut panjang, berpakaian compang-camping, dengan satu dulang kemenyan.

Persoalannya, adakah ahli sihir atau bomoh ni hanya wujud di Malaysia? Apa lebihnya Malaysia? Sudah tentu setiap tempat akan ada ahli sihir atau bomoh mereka sendiri. What if I told you, ahli sihir atau bomoh ni mungkin berpakaian sama seperti kita, or better, berpakaian hipster, dan mempunyai rancangan TV mereka tersendiri?

Hari ini saya nak ceritakan bagaimana mata kita dikaburi oleh golongan ini yang meletakkan title 'Magician' buat diri mereka sendiri, dalam diam, mereka menyampaikan dakyah mereka sendiri, dan tanpa sedar, kita pula memuja mereka, menjadi peminat mereka.

Saya seorang peminat magic. Saya juga pernah membuat persembahan magic di sekolah menengah saya. Saya tahu, magician tiada sebarang kuasa pun, magic yang mereka persembahkan hanyalah sebuah 'complex engineering' yang memperdaya deria kita, sehinggakan kita menganggapnya sebagai sesuatu yang tak normal.

Sebelum saya ceritakan mengenai ahli sihir ini, saya ingin tegaskan yang saya sudah sedia maklum mengenai rahsia hampir keseluruh persembahan magic yang perna

Saya tahu, Chris Angel berjalan atas air menggunakan prop, saya tahu Chris Angel terapung merentasi satu bumbung ke bumbung yang lain menggunakan 'camera tricks' dan 'fake audiences', saya tahu Cyril mengeluarkan burger daripada gambar menu menggunakan efek khas komputer (CGI) dan 'fake audiences'.

Saya tahu kebanyakan 'card tricks' menggunakan teknik 'slight of hands', menggunakan teknik 'force pick' dan sebagainya. Saya tahu David Copperfield membelah badan dia sendiri menjadi 2 bahagian dengan menggunakan 'kotak khas' dan 'stunt double'. Saya tahu David Blaine berjaya memecahkan Guinness World Record hasil daripada latihan yang sanggat rumit. Saya tahu, David Blaine betul-betul berlatih untuk menahan nafasnya sehingga 17 minit lamanya, ianya bukan magic trick.

Saya tahu, dah ramai yang tahu rahsia-rahsia magik melalui rancangan Magic's Biggest Secret Finally Revealed. Rancangan ini dihoskan oleh Val Valentino sebagai Masked Magician. Walaupun dia dedahkan rahsia magik, tapi dia tak dapat sebarang kecaman daripada ahli magik ternama. Sebabnya sebelum dia jadi Masked Magician pun, dia merupakan salah seorang entertainer yang dihormati. Selain itu, antara tujuan dia exposed magic tricks ialah untuk menaikkan prestige magic tricks modern. Magician dah tak boleh guna tricks sama, diorang perlu lebih kreatif. Dia juga berbuat sedemikian bagi mamatikan fitnah beberapa ahli magik biasa yang dituduh sebagai penyembah syaitan.

Walaubagaimanapun, ada beberapa magician yang sampai sekarang tak mampu kita fikirkan rahsia persembahan mereka, dan ianya amat mustahil untuk difikirkan.

Antara ahli sihir yang akan saya dedahkan dalam video ini ialah Dynamo, Yif, David Blaine dan Kristian Jyoti. Sesetengah daripada mereka juga pernah mengaku mereka dah jual jiwa mereka kepada 'syaitan'.

Bermula dengan perenggan ini, saya akan terangkan beberapa persoalan dalam bentuk point.

_________________________

1. Adakah sihir itu wujud?
_________________________

Wujud. Dalam Al-Quran, ada menjelaskan, sihir merupakan satu ilmu yang Allah s.w.t. turunkan menerusi malaikat Harut dan Marut. Allah s.w.t. yang mengizinkannya, sepertimana Allah s.w.t mengizinkan beberapa perkara haram lain seperti babi, anjing dan arak. Namun, walaupun Allah s.w.t. sendiri yang mengizinkannya, ini tidak bermakna sihir itu halal. Ianya hanya diturunkan sebagai satu ujian kepada kita manusia.

________________________________________

2. Kenapa syaitan atau jin sudi menolong mereka?
________________________________________

Ianya dah menjadi janji mereka untuk menyesatkan manusia. Manusia akan percayakan bantuan syaitan, dan semakin lama mereka akan semakin ego. Sampai satu tahap, bila mereka mencuba aksi yang merbahayakan, syaitan akan tinggalkan mereka. Kebanyakan ahli sihir ini mati dalam percubaan melakukan aksi berbahaya, contohnya ditanam hidup-hidup, dikunci dalam tong yang berisi air, dan macam-macam lagi. Kebanyakan daripada mereka maut semasa mempersembahkan aksi ini. Pada saat ini, mereka dah terlambat untuk bertaubat, dan nerakalah tempat mereka.

________________________________________

3. Apa untungnya syaitan terhadap pemuja ahli magik tersebut?
________________________________________

Mereka akan bantu ahli sihir ini mengelirukan kita, sehingga kita memuja mereka, sehingga kita menganggap bahawa mukjizat-mukjizat yang dikurniakan kepada para nabi sebelum ini, hanyalah sekadar satu magik. Mereka nak kita anggap nabi-nabi kita sebagai ahli magik, dan mereka nak kita anggap ahli-ahli sihir ini sebagai salah seorang nabi.

Ada seorang 'magician' ni, Yif namanya, setiap kali dia perform magik membelah air kopi, dia akan sebut Nabi Musa a.s. sebagai samada 'mitos' atau 'lagenda'. Dia akan terangkan seolah-olah Nabi Musa a.s. tidak layak diingati kerana mukjizat tersebut, sebab pada pendapat Yif, dia juga mampu replicate mukjizat Nabi Musa a.s.

________________________________________

4. Kenapa ahli sihir ini memilih untuk bersetuju dengan perjanjian syaitan, sedangkan ramai lagi ahli magik yang lain mampu berjaya tanpa sebarang perjanjian syaitan?

_______________________________________

Bila kita cakap ada beberapa ahli magik yang membuat perjanjian syaitan, akan timbul beberapa golongan skeptik yang akan bertanya, adakah ahli sihir itu begitu bodoh, berjanji dengan syaitan semata-mata untuk dapatkan kebolehan 'teka kad'?

Ya betul, nak teka kad tak perlukan syaitan. Tapi kalau dia mampu buat tricks yang boleh dilakukan oleh ahli magik biasa, tak mungkin dia akan berjaya, tak mungkin dia akan terkenal.

Kebanyakan yang membuat perjanjian syaitan, bukanlah semata untuk dapatkan kebolehan tersebut, tapi untuk menaikkan nama mereka. Salah seorangnya ialah Dynamo. Pada mulanya Dynamo adalah ahli magik biasa. Dia juga datang dari keluarga yang bermasalah.

Dia tak pernah diberikan perhatian sebanyak yang dia harapkan. Kalau baca buku biografinya, kawan-kawan Dynamo ada menceritakan, satu hari Dynamo datang kepada mereka, dan memberitahu;

"Tak lama lagi kamu akan lihat saya menjadi terkenal seluruh dunia."

Inilah titik di mana Dynamo dah lakukan perjanjian syaitan. He suddenly became a worldwide sensation in just an overnight.

________________________________________

5. Kenapa saya berani cakap mereka dah jual jiwa mereka kepada syaitan?
________________________________________

Magik yang mereka lakukan amatlah luar biasa sehinggakan belum ada ahli magik lain yang mampu memikirkan rahsianya.

Anda sendiri dapat lihat kenapa kami katakan magik tersebut mustahil. Contohnya card tricks, ahli magik biasa akan lalukan beberapa gimik, pilih kad yang anda suka, sedikit 'shuffle', kemudian dengan teknik slight of hand, kad tersebut ada dalam poket anda.

Tapi dalam magik mereka, tak banyak gimik. Magik mereka adalah jenis di mana mereka ambik sehelai kain dan belum sempat kita kelip mata, kain tersebut dah bertukar menjadi objek lain.

Sukar untuk saya terangkan sekiranya anda tak tahu beberapa basic dalam magic. Namun, sekiranya itu tidak cukup untuk yakinkan anda, ketahuilah, nama Dynamo sudah menjadi buah mulut beberapa orang ulama, kerana mereka juga tahu, magik Dynamo bukanlah tricks, ianya Black Magic.

Korang boleh tengok video pesanan ulama mengenai Dynamo ni dekat link bawah:


Kalau tak dapat tangkap ucapan dia, boleh turn on Subtitle. Sebab tu saya tak upload kat sini, bagi link je. YouTube ade feature button subtitle. Cuma tang ayat surah tu je YouTube letak subtitle tak betul.

Ada juga beberapa footage yang jelas merakamkan mata mereka berubah menjadi mata seakan-akan seekor kucing atau reptilia. Mata yang macam ni selalu dilihat dalam beberapa kes dirasuk syaitan, dan ramai yang menganggap itulah rupa mata syaitan.

__________________________

6. Apa matlamat mereka?
__________________________

Matlamat utama mereka ialah supaya kita menyekutukan mukjizat-mukjizat yang dikurniakan kepada para nabi dengan sihir-sihir mereka. Mereka nak kita anggap nabi kita sebagai magician, dan menganggap magician sebagai seorang nabi.

Selain itu, mereka juga akan pastikan supaya kita jadi tak takut dengan kuasa Tuhan. Mereka nak kita anggap manusia juga mampu peroleh kuasa setanding Tuhan.

Mereka akan goda kita dengan syurga dunia. Dalam video ini, anda dapat lihat bagaimana Dynamo dah dianggap sebagai seorang 'penyelamat' oleh orang-orang miskin. Dynamo memberikan sejumlah makanan di sebuah perkampungan miskin.

Sepertimana yang dah diceritakan dalam Al-Quran, Dajjal itu akan datang membawa syurga di tangan kanannya, serta nereka di tangan kirinya. Yang dikatakan syurga itu sebenarnya neraka, dan yang dikatakan neraka itu sebenarnya syurga.

Saya tak cakap Dynamo itu Dajjal, saya cuma nak anda faham betapa mudahnya Dajjal mampu memperdayakan kita apabila tiba kebangkitannya. Sedangkan boneka dia pun dah mampu berbuat sedemikian, apatah lagi Dajjal itu sendiri.

Wallahualam. Semoga kita dilindungi dari fitnah akhir zaman.

Lihat video:

0 comment... add one now