Keputusan Trump Sekat 7 Negara Islam Kekal

SEORANG wanita membuat bantahan di luar bangunan Mahkamah Rayuan di San Francisco, California, susulan perintah eksekutif Trump yang menutup sempadan Amerika Syarikat kepada pelarian dan rakyat dari tujuh negara majoriti Islam. - Foto fail AP
LOS ANGELES: Mahkamah Rayuan Persekutuan, semalam menolak permohonan untuk mengembalikan perintah eksekutif kontroversi Presiden Donald Trump bagi menutup sempadan Amerika Syarikat kepada pelarian dan rakyat dari tujuh negara majoriti Islam. 

"Kami berpandangan bahawa kerajaan tidak menunjukkan kemungkinan untuk berjaya berdasarkan merit rayuan, dan ia juga tidak menunjukkan bahawa kegagalan untuk menyekatnya akan menyebabkan kecederaan yang tidak boleh diperbaiki," menurut perintah Mahkamah Rayuan Kesembilan di San Francisco. 

Mahkamah menolak permohonan kerajaan untuk mengembalikan semula langkah itu berdasarkan isu kecemasan, bermakna penggantungan mahkamah yang lebih rendah ke atas larangan perjalanan itu masih diteruskan. 

Panel tiga hakim mendengar hujah dalam perbicaraan mengenai perkara itu Selasa lalu, dengan peguam yang mewakili pentadbiran Trump menegaskan bahawa larangan itu wajar atas sebab keselamatan negara. - AFP

0 comment... add one now