Isyarat Lucah: Van Persie Digantung Tiga Perlawanan


ISTANBUL: Persekutuan Bola Sepak Turki menggantung bintang Fenerbahce, Robin van Persie untuk tiga perlawanan manakala pertahanan Besiktas dari Serbia, Dusko Topic, empat perlawanan ekoran ketegangan yang berlaku pada aksi Piala Turki, Isnin lalu. 

Kedua-dua pemain terbabit dalam satu insiden yang menyaksikan Tosic dibuang padang pada minit ke-41 tetapi Besiktas beranggapan van Persie juga wajar dikenakan kad merah. 

Pada perlawanan itu, Fenerbahce menang 1-0 hasil jaringan tunggal van Persie. Pemain Belanda itu menjadi mangsa cemuhan di Twitter oleh isteri Tosic yang juga bintang pop Serbia, Jelena Karleusa. 

Persekutuan Bola Sepak Turki berkata, selepas mesyuarat tatatertib diadakan, van Persie dihukum digantung tiga perlawanan dan denda 19,500 Lira Turki (RM23,491). Gambar ketika perlawanan menunjukkan van Persie memberi isyarat tangan ke arah seluarnya merujuk kepada pemain dan penyokong Besiktas. 

Tosic pula digantung empat perlawanan dan didenda 71,000 Lira Turki (RM85,532) ekoran insiden kad merah manakala pengurus Besiktas, Senol Gunes turut digantung satu perlawanan. - AFP

0 comment... add one now